4 SEBAB ANDA PERLU PERTIMBANGKAN INSURANS UNTUK ANAK ANDA

PELAN PERUBATAN UNTUK SI KECIL: KEPERLUAN ATAU BUKAN?

Jarang kita mendengar ibu bapa memikirkan soal insurans perubatan untuk anak kecil selepas kelahiran mereka kerana terdapat banyak perkara yang lebih penting seperti makanan, susu formula, atau katil bayi yang menjadi keutamaan. Apatah lagi keperluan perubatan seorang anak itu dikira masih boleh diuruskan kerana anak itu kecil. Namun begitu, keperluan perubatan anak kecil boleh menjadi mahal, jadi anda mungkin mahu mempertimbangkan insurans untuk anak anda.

Sini adalah empat sebab anda perlu mempertimbangkan perlindungan perubatan untuk anak anda, tidak kira usia mereka.

#1: Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti untuk anak

Sesetengah ibu bapa memilih untuk menunggu sehingga si anak lebih besar sebelum mendapatkan perlindungan perubatan untuk mereka. Ada juga ibu bapa yang bertuah mendapat faedah pekerja di syarikat yang memperuntukkan insurans penjagaan kesihatan untuk anak-anak pekerja. Jika tiada faedah pekerja sedemikian, keperluan perubatan anak itu haruslah ditanggung oleh ibu bapa dengan bantuan kesihatan awam. Ibu bapa perlu ingat bahawa fasiliti perubatan awam lazimnya penuh dan kadangkala perlu berada dalam senarai menunggu yang panjang untuk sesetengah rawatan atau rundingan bersama doktor pakar.

#2: Melindungi daripada penyakit biasa dan pelbagai kondisi perubatan

Tidak mustahil untuk anda mendengar tentang bayi baru lahir atau anak kecil yang memerlukan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit respitori atau penyakit berjangkit. Meskipun semua ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, satu pelan perubatan yang kukuh boleh memberi akses kepada bantuan perubatan yang berkualiti termasuk konsultasi bersama doktor selepas hospitalisasi. Pelan perubatan juga boleh membantu doktor mengenali gejala-gejala penyakit dari peringkat awal dan mengurangkan kebarangkalian gejala-gejala ini menjadi lebih serius.

#3: Ketenangan tanpa perlu memikirkan soal wang

Dalam isu mendapatkan pelan insurans untuk anak, ramai yang berpendapat ia bukan satu keperluan kerana rawatan perubatan kanak-kanak dianggap terhad dan tidak semahal kos perubatan seorang dewasa. Pendapat itu tidak tepat kerana kos perubatan kanak-kanak tiada bezanya dengan kos perubatan orang dewasa. Kos perubatan untuk kedua-dua anak kecil dan orang dewasa boleh meningkat saban tahun. Memiliki pelan perubatan untuk anak anda bukan sahaja memberikan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti di saat mereka memerlukannya, ia juga mampu menolong anda supaya anda tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar semasa waktu kecemasan.

#4: Menjamin perlindungan pada harga yang kompetitif

Disebabkan umur kanak-kanak yang muda, mereka mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk menggunakan kesemua tuntutan insurans mereka dan ini menyebabkan bayaran premium bulanan untuk si kecil lebih rendah. Pelan perubatan mereka boleh ditukar kepada pelan yang menawarkan lebih perlindungan apabila mereka berusia 18 tahun, tanpa mereka perlu melalui pemeriksaan kesihatan. Pelan insurans juga melayakkan anda untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun dengan hanya memastikan polisi perubatan itu berada di bawah nama anda dan anak anda.

Terdapat dua jenis pelan perlindungan perubatan yang boleh dipilih. Perbezaan utama di antara keduanya adalah faedah tambahan yang terdapat pada setiap pelan.
Pelan perubatan tunggal seperti A-Life Med Regular adalah cukup untuk melindungi anda dari semua kos perubatan termasuk hospitalisasi, konsultasi dan rawatan. Ia merupakan pelan yang paling sesuai jika anda sudah memiliki insurans hayat dan hanya mencari perlindungan perubatan asas sebagai tambahan.
Pelan perubatan yang ditambah di atas polisi hayat sedia ada seperti A-Plus Med pula menawarkan perlindungan perubatan di samping perlindungan hayat. Anda boleh memilih rider (ciri tambahan) yang lebih komprehensif dan jaminan pembayaran polisi untuk anak jika anda sudah tiada kelak.