BAGAIMANAKAH UNTUK MELABURKAN RM10,000 DENGAN BIJAK

Dengan adanya GST dan pemotongan bajet, membuat pelaburan wang mungkin satu-satunya cara untuk mengatasi kenaikan harga dan inflasi.

Namun begitu, anda tidak perlu menjadi seorang jutawan untuk mengaut keuntungan daripada pelaburan bijak. Dengan informasi dan pengetahuan yang betul, anda boleh memanfaatkan peluang pelaburan untuk mengubah kedudukan kewangan dan gaya hidup anda.

Mari kita lihat bagaimana anda boleh melaburkan RM10,000 secara bijak.

1. FAHAMI RISIKO PELABURAN

Bukan semua pelaburan itu sama. Terdapat pelbagai pilihan dan risiko yang tersedia untuk anda, daripada risiko rendah seperti sekuriti kerajaan dan simpanan tetap yang bersifat konservatif sehinggalah risiko yang lebih tinggi seperti dana ekuiti dan saham syarikat senaraian awam bermodal kecil.

Secara kebiasaannya, pelaburan yang berisiko rendah memberikan pulangan yang rendah tetapi jaminan sekuritinya lebih tinggi. Manakala dengan pilihan yang lebih berisiko, anda berkemungkinan mendapat pulangan yang jauh lebih tinggi tetapi wujud kemungkinan yang anda tidak akan mendapat pulangan sama sekali.

Oleh itu, ia terpulang kepada individu untuk memahami sejauh mana risiko yang sanggup diambil untuk mendapatkan pulangan ke atas pelaburan dibuat. Kami mencadangkan supaya anda mewujudkan suatu jaring keselamatan, iaitu bersamaan jumlah 6 bulan gaji sebelum memulakan pelaburan. Simpanan ini memberi ruang untuk mengejar pelaburan yang lebih berisiko tinggi agar ia dapat memberikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang.

2. SIMPANAN TETAP MENAWARKAN PILIHAN BERISIKO RENDAH

Kadar faedah bagi akaun simpanan bank masih kekal hampir kepada 0% selama beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, jika anda meletakkan wang anda dalam simpanan tetap, anda akan nampak bahawa akaun tersebut membayar kadar faedah di antara 3% dan 4

Anda boleh mendapatkan pulangan ke atas simpanan tetap dengan pilihan yang mudah ini.

Menurut Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, simpanan tetap di Malaysia dilindungi sehingga RM250,000, menjadikannya satu pilihan pelaburan berisiko rendah dengan pulangan yang stabil. Walaubagaimanapun harus diingat bahawa simpanan tetap masih beroperasi di bawah kadar inflasi, jadi jika anda berhasrat meningkatkan aset anda berlipatkali ganda, ia mungkin bukan pilihan yang terbaik.

3. JUAL BELI SAHAM MENAWARKAN PULANGAN YANG LEBIH HEBAT, NAMUN BERISIKO TINGGI

Membeli saham dan menjadi pemegang saham syarikat tersenarai merupakan antara perkara menjanjikan pulangan yang tinggi ke atas pelaburan yang dibuat.

Caranya ialah dengan mencari syarikat yang berkualiti tetapi terkurang nilai (undervalued). Ia mungkin syarikat start-up yang baru bermula atau perniagaan yang sedang bergelut namun mempunyai ruang untuk kembali menjadi lebih besar dan kukuh.

Walaubagaimanapun, kesemua pelaburan ini tidak bersifat ‘selamat’, jadi anda perlu melakukan kajian yang lebih sempurna untuk memilih pelaburan terbaik yang mampu memberikan pulangan tinggi.

4. SEJARAH MENUNJUKKAN KOMODITI MERUPAKAN PILIHAN YANG BAGUS DARI DAHULU

Komoditi seperti emas dan perak adalah satu lagi pilihan pelaburan yang anda boleh pertimbangkan dengan modal RM10,000. Sejak dahulu lagi, harga emas memberikan para pelabur keuntungan yang bagus. Namun, harga komoditi ini tidak stabil sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikannya suatu pelaburan yang semakin berisiko.

5. PELBAGAIKAN JENIS PELABURAN ANDA

Jika wujud hanya satu peraturan yang perlu kita ikuti di dalam dunia pelaburan, tentu ia mengatakan bahawa kita perlu mempelbagaikan sumber pelaburan agar kita tidak bergantung sepenuhnya hanya pada satu sumber.

Prinsip ini juga boleh digunapakai untuk modal RM10,000 anda. Cuba imbangkan di antara pelaburan berisiko rendah dan tinggi supaya anda dapat manfaat daripada kedua-dua jenis pelaburan tersebut. Dengan menggabungkan pelaburan berisiko rendah dan tinggi dalam portfolio anda, anda tidak akan kehilangan wang anda sekaligus jika salah satu pelaburan itu tidak mendatangkan keuntungan.

Dengan A-InvestLink Investment Plan, anda dapat menikmati kebebasan yang lebih tinggi dengan pelaburan anda. Ini termasuk kebolehan untuk menambah nilai pelaburan bila mana anda rasakan sesuai, pengimbangan semula dana secara automatik, dan manfaat kehilangan upaya.

Jika anda sedang mencari pelan simpanan jangka pendek dengan pembayaran wang terjamin dan potensi untuk pulangan pelaburan, A-EnrichGold mampu memaksimakan pulangan ke atas wang anda.

Dengan meneroka semua pilihan pelaburan yang kami senaraikan di atas, anda berada di jalan yang betul untuk mengukuhkan kewangan anda. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa pergolakan naik dan turun boleh berlaku dengan apa sahaja yang berkaitan dengan kewangan, pasaran dan pelaburan. Jadi, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional kerana AIA tidak akan dipertanggungjawabkan dalam kemungkinan sedemikian.