Image result for statistik perceraian di malaysia 2019"
Punca utama adalah masalah kewangan

Pernah dengar ungkapan begini:

1. Saya tak boleh hidup tanpa awak 2. Cukuplah sekadar cinta, duit bukan segala-galanya 3. Bila dekat dengan awak, perut terasa kenyang.

Hello, drama sinetron bolehlah, realiti sebaliknya. Boleh bilang dengan jari especially zaman sekarang. Dulu, kebanyakan pasangan sanggup bersusah senang bersama-sama. Itulah yang boleh keluar istilah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Image result for Filem madu tiga"
Susah Senang sanggup bertahan (credit image : cinema.com.my)

Sekarang sebaliknya. Salah sikit, lewat sikt, tak betul sedikit, semuanya kita akan mengamuk. Tidak kita, pasangan kita. Kenapa? Saya yakin kebanyakannya stress sebab masalah kewangan. Semua benda memerlukan duit. Dan untuk makluman kita, duit tak perlu pun kita.

Image result for p ramle kira duit
Harta karun, bukan kita punya (credit image: Selangor kini)

Tidak mungkin kita akan bertemu dengan orang yang terlalu permurah setiap masa, atau bertemu harta karun. Kekadang kita penat berusaha, kerja dua ke tiga shift atau part time itu ini, rezeki kita masih sama.

Dugaan bukannya cobaan (credit: You tube)

Kekadang kita cuba berfikir positif, ya, ia cubaan dan dugaan dari Yang Esa. Malangnya banyak yang tewas. Maka jika mereka ini pasangan yang baharu berkahwin (anggaran umur 30-34 tahun), bagi mereka penceraian adalah jalan terbaik.

Apakah dengan bercerai duit akan datang sekarung atau seguni? Akan tetapi jika perceraian di sebabkan menjaga biawak hidup, patutnya tak perlu berkahwin.

Ya, duit bukan segalanya, tapi untuk segala yang kita perlukan, memerlukan duit, uang, cash! Jangan compare zaman dulu dan sekarang, dulu setia hingga hujung nyawa, sekarang ni, setiaku di sini!

Justeru, solusinya bagaimana? Rata-rata kita akan nasihatkan bab keimanan dan ketaqwaan. Ya, ini sangat penting, paling penting. Agama dan solat adalah tiang kehidupan kita. Kalau itu pun tumbang, kau rasa?

Antara lain kita perlu belajar bab perancangan kewangan, kawalan perbelanjaan dan perlindungan pendapatan.

Takdelah sampai kena pergi kursus bagai. You tube ada, blog ada paling tidak pun, follow Tn. Zaidi Ismail, penulis buku bestseller Forensik Kewangan.

Kenapa kita kena pentingkan perancangan kewangan? Kenapa kita kena merancang, padahal semuanya dah tertulis di luh mahfuz!

Sesia jer kita berusaha, rezeki kita tuhan dah tentukan.

Ceh, bila mai bab bekerja keras, berusaha untuk masa depan, tanggungjawab semua bagai, kalut cari hadith, nas, ayat quran nak cover kemalasan diri sendiri. Amik contoh mudah, merokok tu dah ada fatwa HARAM, hadith bagai, tapi dok hisap dan asap berkepuk-kepuk.

Kenapa kita perlu merancang, berusaha dan menjaga kewangan?

1.Perut takkan kenyang dengan hanya melihat makanan Logiknya, bila kita dalam kelaparan kita akan ambil makanan dan memasukkan ke dalam mulut dan dengan izin Allah perut akan kenyang. Ini di namakan usaha.

Kes kedua, kita demam, maka kita ambil ubat dan berharap Allah akan sembuhkan kita. Proses ini melibatkan usaha dan tawaakal.

Nabi pun minta kita berusaha kemudian bertawakal

Jika anda adalah breadwinner (pencari nafkah) untuk keluarga anda, jika anada berlandaskan semuanya Tuhan dah tentukan tanpa sebarang usaha hanya bertawakal, maka anda tidak mengikuti apa yang nabi ungkapkan.

Ya, ada yang Tuhan bantu dengan rezeki yang luas, tetapi tanyalah ujian yang mereka tempuhi, level iman mereka, berapa banyak zikir yang dimalakan, akhlak dan sebagainya. Kalau macam kita yang sembahyang setiap hari ‘jamak’ zohor dengan asar, paham paham ajerlah.

Bayangkan seorang ayah atau ibu yang gagal memberikan makan dan pakaian yang baik pada anak-anak, apa akan terjadi pada keluarga? Alasan duit tak cukup, nak beli makan dan pakaian. Apa akan terjadi pada perkembangan fizikal dan mental mental mereka?

Bila kita lapar, kita jarang berfikir secara rasional, kita akan melakukan apa sahaja untuk mengenyangkan perut. Sudahnya suami isteri akan bergaduh, lama kelamaan retak menanti belah.

Bagaimana pulak, jika kita tidak boleh bekerja atas asbab kesihatan? Atau disebabkan kemalangan yang berpunca dari pihak lain?

Apa yang perlu kita buat? Kita rancang dan kawal simpanan kita.

2. Bankrap pada usia muda Bila kirta melihat statistik di atas, kita rasa tidak logik, tetapi ia adalah fakta. Ramai golongan muda sedang mengalaminya. Kita Alhamdulillah, tetapi lihat muka anak anak kita, atau golongan muda.

Mereka merasakan kahwin awal menjanjikan rezeki yang melimpah, tapi ia datang dengan pakej, Berusaha dan Tawakkal.

Cara paling singkat untuk mengiyakan rezeki tersebut adalah dengan meminjam atau berhutang. cantoh paling mudah, baru kerja apply loan skim graduan, amik kereta, dan kereta pulak bukan buatan MAlaysia amik yang import-export. Bayaran bulanan pulak melebihi 50% pendapatan.

Kalau bujang gagahlah siang malam hadap maggi, atau bulan posa pi berbuka di masjid sebab nak makan. Bila dah berkeluarga? Sapa tahan makan maggi setiap hari? Anak anak pulak? Asyik makan begitu mana nak dapat tubuh yang berkhasiat dan otak cerdas?

Dan kemudiannya, pembuat hutang tadi meninggal dunia. Sapa nak langsai semua hutang tersebut? Mahu atau tidak pasangan dan keluarga akan cuba melangsaikan hutang, kalau tak sangkut di alam barzakh!

Siapa sanggup?

BERSAMBUNG

Islam itu indah dan memudahkan. Dugaan dan ujian baik dari segi kewangan atau apa jua adalah untuk menyediakan kita untuk menerima ‘hadiah’ dari tuhan.

Anything just wasap saya di http://nak.la/Qhpu

Atau boleh fill up FORM ini untuk saya menghubungi anda.

Siapa saya? Idayu Ahmad, seorang konsultant atau agent takaful yang boleh membantu anda merancang dan menjaga kewangan keluarga anda.

#IdayuAhmad #IdayuAia