Ini bukan cobaan, tapi benar, hanya sehingga 30 November 2019. Kita selalu ingat, bila ada penyakit, kita tak mampu buat lebih untuk keluarga kita ataupun diri kita sendiri.

Semakin banyak, kita berfikir, kesihatan kita akan mero0t

End up kita rasa menyusahkan orang lain. Sakit kot, kena buang kerja sebab masalah buah pinggang, atau kemalangan hilang kedua belah kaki. Atau kehilangan mata dan sebagainya. Kita asyik pikirkan, sapa nak jaga kita dan kos yang perlu kita tanggung. Keluarga, anak-anak sapa nak bagi makan.

Korek tabung, syiling pun duit.

Jika kita dalam keadaan begini, hilang upaya untuk bekerja, duit syiling pun kita pandang mulia. Ye lah, dulu main campak tepi ajer. Masa tengah sakit, ada sikit boleh buat beli makan, susu atau pampers anak, kira heaven sungguh.

Orang rumah terpaksa jadi HULK

Time ini, isteri yang kita kahwini selama bertahun-tahun tahun, yang selama ini berbakti menjaga makan pakai kita dan anak-anak terpaksa bekerja. Ini sahaja pilihan yang ada. Terpaksa menjadi HULK -nak urus kita yang sakit, hantar anak-anak ke sekolah, memasak dan sebagainya. Tergamakkah kita? Just imagine, kesusahan yang akan pasangan kita tempuhi. Keletihan yang mereka tanggung. Dan yang paling terkesan, emosi mereka, kena senyum sokmo sebab tak nak kita bersedih.

Duit simpanan mereka untuk kepentingan kita? Anda sanggup?

Sanggupkah anda meminta ibu ayah anda mengeluarkan simpanan mereka untuk kepentingan anda. Ya, ibu ayah mana sanggup tengok anak-anak mereka dalam kesusahan. Pasti mereka akan memberikannya, malah sanggup menggadaikan harta atau tanah untuk melihat anak cucu mereka bahagia.

Simpanan haji ibubapa kita

Sanggupkah kita melihat impian mereka terhempas begitu sahaja. Wang simpanan yang mereka simpan untuk menunaikan nhaji dan umrah digunakan untuk menampung kos kehidupan kita, disebabkan kita hilang upaya untuk bekerja? Pokoknya, cukupkah untuk menampung kita selama mana kita tidak bekerja.

Nenek mana yang tak sayangkan cucu?

Padahal, diusia emas sebegini, mereka ini sepatutnya menerima 100% kasih sayang dan perhatian dari kita, kiranya sebagai fasa membalas budi. Anda sanggup melihat mereka bersusah hati kerana kekurangan yang kita hadapi? Anda tahu masih ada nenek atau datuk yang berkorban menjaga anak mereka dan cucunya?

Nenek setia jaga cucu

Mereka ini tidak akan menolak, mereka sanggup berkorban demi anak dan cucu mereka, kerana ia darah daging mereka. Tetapi, takkan kita nak ambil kesempatan?

APA SOLUSINYA?

Image result for firman setiap masalah ada penyelesaiannya
Image from http://alhadiid.teknik.ub.ac.id/di-balik-kesulitan-ada-kemudahan/

Setiap perkara atau permasalahan ada penyelesaiannya. Pokoknya kita mahu atau tidak. Pokoknya kita perlu berusaha kemudian bertawakal. Result – Biar tuhan uruskan. Kita bukan tuhan, boleh predict masa depan. Kita hanya khalifah di muka bumi.

Image result for a life signature i
Kelebihan A Life Signature I

A LIFE SIGNATURE I

Saya fikir ia satu pelan yang terbaik yang pernah dikeluarkan oleh AIA Public Takaful. Sayangnya, pelan ini bakal ditamatkan pada 30 November 2019. Pakej ini dulu, kalau ada penyakit, tidak boleh ambil. Tapi dalam tempoh terdekat ini, AIA Public Takaful buat ‘pejam mata’ buka offer ini untuk kita. Kenapa, sebab ramai antara kita pejam sebelah mata bila dengar bab takaful atau insurance.

Jutaan tiada insurans SH3okt2018
Sumber : Sinar Harian – Kuala Lumpur (3 Oktober 2018)
Sumber : https://www.imdb.com/title/tt4799672/

Dengan harapan ramai akan sedar dan mula bertindak. Ya, ajal, maut dan jodoh ketentuan tuhan. Tapi kita dikurniakan akal fikiran untuk berusaha ke arahnya. Tidak percaya, bab kahwin kita membuat list pasangan idaman kita, mula berkenalan dan mencari pasangan. Sudahnya, usaha kita ini akan ditentukan oleh tuhan. Dan tuhan akan memberiakan pasangan yang bersesuaian selaras dengan usaha kita. Takdenya kita berdoa nak suami atau isteri, tetiba gedebuk jatuh pasangan kita dari langit.

Kenapa kita perlu ada A LIFE SIGNATURE I?

Selalunya kita hanya fokus pada medical card seperti A life Medic-I atau A Life Medik Family by AIA Public Takaful. Skop terjadi kecil sedikit sebab banyak memeikirkan bab kesihatan dan kos perubatan.

Ini adalah kerana kita banyak melihat di media sosial dan dada akhbar mengenai pelbagai jenis penyakit dan sumbangan yang diperlukan bagi membiayai kos rawatan penyakit tersebut.

Kemalangan, bilangan semakin bertambah.

Tetapi adakah kita sedar akan sesuatu perkara, malang tidak datang dalam bentuk penyakit sejak lahir, kekadang benda baru jadi. Contoh mudah, kita kemalangan selepas balik dari kerja. Kita dah baca doa naik kenderaan, tetapi ini dikatakan malang tidak berbau. Takdir.

Justeru, kenapa kita memerlukan pakej A-Life Signature I ini? Well, kita selalu rasa AIA Public Takaful , hanya saat kita sakit dan warded atau bila kita dah arwah aka meninggalkan dunia. Duit tu atau pampasan tu dapat pada mereka yang hidup.

Ya ada benarnya. Tahu tak ada polisi yang boleh membantu kita saat kita masih hidup dengan menyediakan pelbagai faedah seperti:

Image result for infografik perkeso 2019 kemalangan"
Pelan PERKESO

1. Pampasan kemalangan (di tempat kerja) Saat kita cedera akibat kemalangan di tempat kerja, jika kita pekerja tetap atau kontrak adalah sedikit pampasan dengan socso atau perkeso. Jika kita penjawat awam, cukup haul adalah pencen atau rawatan percuma untuk kita.

Banyak ke dapat dari PERKESO or SOCSO ini? Sumbangan yang paling minima, maka pampasan juga pada kadar yang bersesuaian. Jadilah dari tak ada kan? Again ada terms and conditon-nya untuk pelan ini.

Anggaran wang yang kita perlukan bila kita gagal bekerja asbab sakit/kemalangan

Tahu tak berapa banyak wang pampasan yang kita patut ada, jika kita tidak layak bekerja disebabkan hilang upaya kekal menyeluruh atau mengalami sakit kritikal? Yang bersamaan 10 tahun ke hadan, dan wang itu mestilah meliputi perbelanjaan kita masa kini tanpa mengabaikan keselesaan yang ada.

Atau anda sanggup, asal hilang kerja sebab kemalangan atau penyakit kritikal, satu keluarga hidup serba kekurangan, takde TV bagai, data internet, tido berlapikkan tilam nipis, no more aircond dan sebagainya? kita mungkin boleh, tapi tengok wajah anak-anak, pasangan, ibubapa kita? Sanggup?

Dengan plan super duper hebat ini, A Life Signature-i oleh AIA Public Takaful, nilai minima adalah RM500,000 atau RM1,000,000!

Bagi saya ia produk atau plan master dalam AIA Public Takaful. Apa yang ia tawarkan?

  1. Pelan yang tempoh bayaran pendek tapi coverage hingga umur 80 tahun

Bersambung…anything boleh wasap saya di 016 444 2334

atau fill up form ini, nanti saya return call