Kita selalu salahkan agen AIA Public TAKAFUL polisi tak leh guna. Sebab kita manusia senantiasa mencari alasan.

Asal nampak nama ni, letak 🙂 Sumber :pixaby

Kekedang kita nak agent tu peringat kita, agar kita tidak terlupa. Akan tetapi bila tiba masanya, kita merasakan mereka (agent) mengganggu hidup kita, lalu kita blok segala mak nenek wasap dan sms mereka.

APA MALAPETAKA BERLAKU BILAMANA POLISI LAPSED?

  1. POLISI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN Be it masa tu, Nauzubillah, anda kemalangan. Sah-sah kad medikal or medical card tak boleh guna. Ia tanda anda tidak dilindungi. Anda membayar caruman, coverage atau perlindungan bermula, vice-versa. Contoh: Mr X memiliki medical card dan Hibah bernilai RM1,000,000 disebabkan desakan inginkan gadget terbaru, beliau tidak mencarum selama lebih 6 bulan. Polisi pula baru berusia setahun lebih, cash Value tidak banyak mana. Nak dijadikan cerita, Mr X, accident kena langgar pemandu mabuk, masuk Prince Court, GL aka Guarantee Letter atau surat Jaminan Kos Perubatan Declined (ditolak) disebabkan polisi lapsed. Nak warded, masuk ICU, deposit dah berapa ribu nak kena keluar. Rugi bukan. Lebih tragis, ada hibah RM1,000,000 maybe ada harapan, maybe tiada, kalau ya pun prosesnya terlalu rumit.
Malang Tidak Berbau, paling lahanat disebabkan oleh pemandu MABUK!

2. Waiting Period Bermula Ianya bergantung dengan syarikat takaful provider anda, ada yang kurang 3 bulan, boleh renew, waiting period 30 hari. Ada pula yang just bayar tunggakan, isi borang health review ke apa ke, polisi hidup. Walaubagaimanapun, celahmanapun, semua polisi yamg lapsed akan terkena bahana waiting period atau clausa – 30 hari, 90 hari, 120 hari dan 2 tahun. Rugi bukan, nak tak nak jika ia melibatkan hibah ataupun medical card. Time sakit demam, just boleh tengok kad jer lah. Nak guna tak boleh. Pokok pangkal, polisi bermula macam kali pertama anda apply perlindungan takaful. RUGI YANG AMAT!

Medical card ni lagi penting dari credit card!

3. Kena bayar Tunggakan Caruman Buatnya kena settle yang berbulan bulan bagaimana? Nama nak cari duit? Dari sumbangan yang murah kepada lumpsum banyak bulan. Sakitnya Tuh di sini! Mujur dengan AIA ada caranya untuk inforce polisi, just payment 3 bulan (TnC) juga. Tapi sayanglah, banyak perkara kena buat, declare kesihatan lagi, jumpa doctor balik dan sebagainya.