Oh #COVID19

Selepas apa terjadinya di #Wuhan dan negara -negara lain, kita Malaysia juga melaluinya.
Walaupun pelbagai sharing dan education telah dibuat, termasuk rayuan, perkara ini di pandang ringan oleh sesetengah netizen. Tujuan adalah mengelakkan penyakit ni berkembang!
Tetapi sama seperti sesetengah para pendidik hadapi, sukarnya mengajar pelajar zaman sekarang, sama juga agent AIA Public Takaful macam saya, MENDIDIK dan MENYEDARKAN masyarakat.

Antara mudah social distance, kita berada dalam kejauhan 3 kaki dari orang lain. hari ni teruja saya tengok pengantin akad nikah cara social distance. Tak jumpa pulak link.
Setiap agama melarang kita mencari penyakit atau menyusahkan diri kita sendiri. Agama Islam agama yang indah dan tidak membebankan.

Tapi kebanyakan dari kita suka buat sebaliknya, melenting masjid dan kuliah ditutup atau dihentikan seketika, padahal kita bukan rajin berjemaah. Kita cuba mengikut pattern, tapi kita ambil pendekatan mudah. Tak nak membaca dan suka menyalahkan pihak lain.
Bila melihat data ini meningkat saban hari, saya gundah, risau yang amat. Saya dan orang lain berusaha menjaga tetapi yang lain sebaliknya. Saya dan orang lain juga berasa perkara yang sama. Berasa simpati yang amat pada frontliners. Kalau ditakdirkan mereka ini tumbang, Allah.

Takde gunanya Medical card AIA Public Takaful atau Hibah jutaan riggit kalau kita bertindak selfish. Buat masa sekarang hospital swasta tidak menerima pesakit Covid 19, semua di tala ke hospital kerajaan yang ditetapkan.

Bukan mudah untuk ubah kehidupan kita untuk tempoh 15 hari. Dah terbiasa minum kopi kat luar, biasa shopping dan ronda mall. Samalah saya, dah biasa bangun pagi, siap dan pergi meeting, alih-alih kena pakai baju kelawar.

Marilah kita berubah walaupun hanya untuk 15 hari. Kita tak nak orang menyusahkan kita, maka kita mulakan dahulu, jangan menyusahkan orang lain.
#StayHome #StaySafe
#IdayuAia
Related Posts
Leave a Reply Cancel reply
Categories
- health (3)
- Insurans (10)
- Kewangan (10)
- News (1)
- Uncategorized (17)